

Visi
"Melahirkan Generasi Genius
Al-Quran Yang Bertaqwa"
Memastikan ketaqwaan kepada Allah sentiasa meningkat saban hari
Memastikan akhlak dan sahsiah pelajar mencontohi akhlak Rasulullah & Sahabiah
Memastikan bacaan Al-Quran berkualiti & bersanad
Memastikan hafazan Al-Quran mantap & lancar
Memastikan setiap pembelajaran difahami dan difaqihi secara mendalam
Memastikan setiap pelajar fasih berbahasa Arab, Inggeris & Urdu
Memastikan pelajar berpengetahuan dan berdedikasi
Memastikan pelajar berdikari dan mahir melindungi diri
INSYAALLAH
Misi
Hikmah mentarbiyyah
Tegas beragama
Manfaat untuk ummah
Dakwah kerja utama

Akademi Tahfiz Daar Ulil Albaab atau dikenali dengan A.D.D.U.A didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 8 September 2016 dan mula diasaskan pada Disember 2016.
​
Pencetus tertubuhnya ADDUA ini adalah bermula dari pandangan peribadi pengasasnya iaitu Al-Faqirah Ilallah, Ustazah Nur Farah Atikah Hana Al-Hafizah terhadap pengalaman pengajian beliau terhadap sistem pengajian kebanyakan madaris yang ada di Malaysia ini.
Yang mana menyediakan sama ada Kursus Pengajian Tahfiz sahaja tanpa seiring dengan Pengajian Islam & Bahasa Arab maka akan berlaku sedikit kepincangan disitu kerana Para Huffaz ini mereka menghafaz Al-Quran sedangkan mereka tidak memahami maknanya, tidak pada lafaznya dan tidak pada tafsirannya yang berkaitan dengan hukum ahkam Islam yang wajib diketahui dan dipelajari.
​
Dan sebahagian mereka apabila telah selesai dari tahfiz 30 juznya, akan terus meninggalkan pembelajarannya dan terus mengajar dan digelar sebagai Ustaz/Ustazah sedangkan kebanyakan Ilmu Masail mereka jahil darinya dan ini merupakan satu keaiban dan akan merosakkan imej Islam apabila kejahilan ini memberi satu penampakkan yang zahir di kalangan awam, atau pun sebahagiannya menyediakan Kursus Pengajian Islam & Bahasa Arab sambil menganaktirikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Al-Quran itu sendiri.
​
Sehinggakan jika pelajar itu berlatarbelakangkan 'Non Islamic Basic' anda jangan terperanjat jika ada dikalangan mereka yang sudah tamat Daurah Hadith dan telah peroleh Ijazah Sanad Hadith tetapi masih lagi merangkak dan mengeja bacaan Al-Quran, ini juga merupakan satu kepincangan yang sangat mengaibkan imej Islam, ataupun jika pelajar itu berlatarbelakangkan 'Hafizah Al-Quran' walaupun hanya sekadar beberapa juz, semantap mana pun hafazan Al-Qurannya meskipun melakukan Syahadah (Professional Hafazan Al-Quran), apabila sahaja dia melangkah ke alam Kursus Pengajian Islam & Bahasa Arab, Al-Quran yang dihafaznya akan mula berciciran hinggakan ada di kalangan mereka yang benar-benar tanpa sengaja telah melupakannya hingga apabila ditanyakan padanya tentang ayat tersebut, dia tidak tahu bahawa itu adalah ayat Al-Quran ! Perkara ini bukan lagi merupakan sesuatu kepincangan biasa yang mengaibkan, bahkan ia merupakan satu dosa yang paling dahsyat azabnya, "Dosa - dosa ummatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar dari dosa seseorang yang diberi ni'mat hafal Al Qur'an atau suatu ayat, kemudian ia melupakannya." (HR. Abu Daud).
​
Ataupun jika ada Ma'had Tahfiz yang menyediakan Kursus Pengajian Tahfiz Al-Quran yang seiring dengan Kursus Pengajian Islam & Bahasa Arab, juga disertakan dengan akademik, ianya teramat berat untuk dibawa oleh sebahagian pelajar, atau pun jika ada, ulangan hafazan Al-Qurannya tidak dititikberatkan yang akhirnya juga hafazan itu akan dilupakan.
​
Maka dengan beberapa kepincangan yang terdapat di dalam sistem pengajian kebanyakan madaris pada masa kini, maka terpanggillah Akademi Tahfiz Daar Ulil Albaab untuk membantu para pelajar dengan izin Allah di dalam melahirkan ' Generasi Genius Al-Quran Yang Bertaqwa '.
PROFIL ADDUA
Motto

Fungsi
-
Menubuh, mengurus dan menyelenggara Akademi Tahfiz.
-
Merangka dan melaksanakan program-program latihan & pengajian kepada para pelajar.
-
Melaksanakan perkhidmatan mencari biasiswa.
-
Menyedia, mengurus dan menyelenggara program dan aktiviti Akademi Tahfiz.
-
Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat pelajar daripada kejahilan.

Ustazah Nur Farah Atikah Hana
Mudirah / Guru Hafizah & Alimah
Ustaz Shahrizan (Ijan)
Pentadbir / Pengajar (Banin)
Saudara Abdul Rahman
Web Designer
Ustazah Azifah
Guru Hafizah
Cikgu Roza
Hal Ehwal Pelajar
Ustazah Afifah
Warden
Cikgu Roza
Guru Subjek BM, BI, ENG, MATH, SCIENCE
Mengurangkan kejahilan dengan:
-
Menyediakan latihan dan pembelajaran kepada para pelajar.
-
Mewujudkan serta mengendalikan sistem pembelajaran berpraktikal.
-
Mengambil laporan-laporan pengajian semasa berlakunya pembelajaran.
Memberi respond kepada pelajar yang lambat faham dengan:
-
Menubuhkan pasukan (First Responder).
-
Menyediakan kelas-kelas tambahan antara pelajar.
Memberikan perkhidmatan pemulihan jati diri dengan:
-
Menganjurkan aktiviti pementasan.
-
Menganjurkan aktiviti kepimpinan.
-
Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang kurang berkeyakinan diri.