
Pengajian dan Aktiviti
Akademi Tahfiz Daar Ulil Albaab
01
PROFESSIONAL TAHFIZ AL-QURAN
Waktu : 7.00 pagi - 10.00 pagi
- Hafazan dan ulangan secara kolektif.
​
-
PENGENALAN
​
Tahfizul quran (hafazan Al-Quran) berkonsepkan hafalan matan pelajaran. Iaitu hafazan setiap pelajar adalah sama. Target hafazan adalah sebanyak ½ muka surat satu hari yang mana ia akan mengambil masa dua bulan untuk satu juz’ dan lebih kurang 10 bulan untuk 5 juz’ dan 6 tahun untuk 30 juz’.
Konsep hafazan adalah para pelajar akan menghafaz bersama-sama dan teknik akan diberikan. Kemudian proses melancarkan hafazan akan dilakukan di rumah. Kemudian keesokan harinya para pelajar akan memperdengarkan hafazan masing-masing, seorang demi seorang. Setelah selesai mereka akan memulakan ulangan hafazan lama bersama-sama sehingga selesai. Selepas itu akan diberikan hafazan yang baru untuk kerja rumah mereka. Dan seterusnya.
Setelah tamat setiap 5 juz’ para pelajar akan dihantar ke JAIS atau JAWI untuk program Isbat Tahfiz (Program Galakan Menghafaz Al-Quran) anjuran Pusat Zakat. Dimana hafazan mereka akan ditebuk dan di uji.
-
SISTEM HAFAZAN
1. Sabaq
Sabaq adalah hafazan baru.
2. Lima Sabaq
Lima Sabaq adalah bacaan lima kali sabaq.
​
3. Ziadah
Ziadah adalah bacaan di belakang bacaan Lima Sabaq dan Juz’ sebelum Juz’ Sabaq.
​
4. I’adah
I’adah adalah kesemua bacaan di belakang Juz’ Sabaq dan Juz’ Ziadah.
​
5. Musyafahah
Musyafahah adalah bacaan yang akan dilakukan sebelum diberi hafazan baru, dimana guru akan membaca terlebih dahulu kemudian di ikut oleh para pelajar, maka setiap pelajar akan menghafaz dan mengikut cara bacaan guru tersebut di mana waqaf dan ibtida’ nya.
​
6. Kitabatul Hifz
Kitabatul Hifz adalah di mana para pelajar akan menulis hazafan barunya di dalam buku tulis secara hafazan semasa berada di rumah, kemudian keesokan harinya dia akan menghantar hafazan barunya (sabaq) beserta buku tulis tersebut untuk diperiksa oleh guru.
-
PROSES TAHFIZ
1. Menghafaz
-
1 Hari : ½ muka surat
-
10 Bulan : 5 Juz’
-
6 Tahun : 30 Juz’
​​
2. Ulangan Syahadah
-
Tahun Pertama : 5 Juz’
-
Tahun Kedua : 10 Juz’
-
Tahun Ketiga : 15 Juz’
-
Tahun Keempat : 20 Juz’
-
Tahun Kelima : 25 Juz’
-
Tahun Keenam : 30 Juz’
3. Syahadah
-
Tahun Pertama : 5 Juz’
-
Tahun Kedua : 10 Juz’
-
Tahun Ketiga : 15 Juz’
-
Tahun Keempat : 20 Juz’
-
Tahun Kelima : 25 Juz’
-
Tahun Keenam : 30 Juz’
-
Setiap bertambah 5 juz’ akan dihantar ke Program Isbat Tahfiz untuk ditebuk hafazan dan di uji setelah menjalani proses ulangan Syahadah dan Syahadah Al-Quran.
-
Setelah menjalani proses Syahadah 30 Juz’, pelajar akan di hantar ke program Sijil Tahfiz Malaysia anjuran Darul Quran JAKIM.
-
CARA PERLAKSANAAN
Sebelum memulakan hafazan Al-Quran, para pelajar disyaratkan mahir membaca Al-Quran dengan Makhraj dan Tajwid yang betul
1. Menghafaz :
Dimulakan dengan Musyafahah, kemudian mula menghafaz dengan cara mengulang satu ayat sebanyak tiga kali secara melihat, kemudian tiga kali secara hafazan, kemudian melakukan perkara yang sama pada ayat yang kedua dan ayat ketiga, kemudian diulang dari ayat pertama hingga ayat ketiga sebanyak tiga kali secara hafazan. Kemudian diulang semula cara yang sama pada tiga ayat / ayat yang seterusnya sehingga selesai ½ muka surat.
2. Ulangan Syahadah :
Dimulakan sebaik sahaja selesai Imtihan Penggal Kedua dengan cara di pasang-pasangkan dua orang-dua orang, seorang baca seorang semak, kemudian yang kedua pula membaca Juz’ seterusnya yang satu lagi semak dan berterusan dengan cara ini sehingga habis dua pusingan dimana kedua-duanya membaca setiap Juz’ yang dihafaz.
3. Syahadah :
Dilakukan setelah selesai menjalani proses ulangan Syahadah dimana akan dilakukan oleh setiap pelajar dan akan disemak oleh guru dan semua pelajar kelasnya.
Anggaran tempoh masa bagi bacaan hafazan satu juz’ adalah ½ jam, maka 5 juz’ akan mengambil masa selama 2 jam ½ (150 jam). Cadangan jadual waktu Syahadah adalah seperti berikut :
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
02
03
04
PENGAJIAN TINGGI ISLAM & PROFESSIONAL BAHASA ARAB
Waktu : 10.00 pagi - 11.45 pagi
​
-
PENGENALAN
​​
Allah swt telah mewajibkan para hambanya untuk menyembahnya yang mana ia berfirman mafhumnya bahawasanya tidaklah ia menciptakan manusia dan jin selain dari untuk beribadah kepadanya. Maka oleh itu Nabi saw telah menyampaikan kefardhuan keatas semua umat islam untuk menuntut Ilmu berdasarkan wahyu dari Allah swt. Dan baginda saw sendiri telah menjelaskan apakah Ilmu yang wajib dipelajari tersebut dan ia adalah TIGA sahaja iaitu yang pertama adalah “ Ayatun Muhkamah“ (Ayat Al-Quran yang masih diguna pakai hukumnya dan belum dimansukhkan) dan yang kedua adalah “ Sunnatun Qaaimah “ (Hadis nabi saw yang sentiasa berdiri teguh yang tidak luput ditelan zaman) dan yang ketiga adalah “Faridhah ‘Adilah“ (Ijma’ dan Qias Ulama’). Adapun tiga perkara ini adalah datangnya dalam Bahasa Arab, maka mengikut kaedah Usul Fiqh, “sesuatu perkara yang mana tanpanya sesuatu perkara yang wajib tidak akan sempurna, maka ia pun adalah wajib”.Dan berdasarkan hadis nabi saw yang memerintahkan kita untuk mempelajari dan mencintai Bahasa Arab yang mana mafhumnya adalah “cintailah Arab kerana tiga perkara : Aku berbangsa Arab, Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan bahasa syurga adalah Bahasa Arab”. Oleh kerana apa-apa sahaja bahasa adalah sukar untuk dipelajari tanpa diketahui tatabahasanya, maka perlulah terlebih dahulu menguasai tatabahasa dan selok belok maknanya.
-
PENGAJIAN YANG DISEDIAKAN :
​​
1. Tafsir Al-Quran
2. Hadis
3. Tajwid
4. Terjemahan Al-Quran
5. Usul Tafsir
6. Usul Hadis
7. Mustolahat hadis
8. Usul Fiqh
9. Usuluddin Aqidah dan Falsafah
10. Fiqh
11. Tasawwuf, Adab & Doa
12. Sirah (sejarah para nabi dan sahabat)
13. Faraidh (Ilmu harta pusaka)
14. Bahasa Arab
15. Nahwu
16. Sorf
17. Balaghah
18. Mantiq
19. Jawi
20. Khat
21. Bahasa Urdu
-
CARA PERLAKSANAAN
​​
Sebelum memasuki tahun pertama, para pelajar disyaratkan mahir di dalam membaca dan menulis jawi serta mahir membaca Al-Quran. Untuk ini, kelas persediaan disediakan pada bulan Disember setiap tahun.
Tahun pertama dan kedua adalah tahun memahirkan bahasa dan tatabahasanya.
Tahun kelima, keenam dan ketujuh adalah tahun Daurah Hadis Bersanad dan Tafsir Al-Quran.
Untuk Bahasa Arab akan di habiskan dahulu semua kitab yang telah ditetapkan mengenai Nahwu dan Sorf sebelum mempelajarinya.
Untuk Hadis dan Tafsir Al-Quran akan dihabiskandahulu semua kitab yang berkaitan dengan Bahasa Arab, Semua Usul dan Mustolahat.
Bagi subjek Fiqh, akan digunakan semua kitab dan dipelajari setiap tahun, adapun pada tahun pertama, kitab akan diajarkan dengan diterjemahakan oleh guru dan pada tahun kedua sehingga ketujuh pelajar akan menterjemahkannya sendiri.
Pengajian Islam dan Bahasa Arab ini berkonsepkan cara belajar satu persatu dimana setelah selesai satu kitab baru dimulakan kitab dan Madah yang lain. Dan kita menekankan praktikalnya seperti subjek Fiqh kita akan buat sedikit kajian lapangan dimana para pelajar akan dibawa menemubual orang awam untuk membuat kajian tentang tajuk Fiqh yang diberikan dan melihat sendiri apakah status pekara tersebut pada pandangan Islam. Dan subjek Bahasa Arab kita akan membawa para pelajar tersebut untuk menemubual orang-orang Arab yang datang ke Malaysia dengan berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab, disamping itu juga akan dijalankan Program Hari Berbahasa Arab untuk tujuan kemantapan Bahasa Arab guru dan para pelajar.
ASAS AKADEMIK - SUBJEK TERAS SPM
​
Waktu : 1.45 tengahari - 2.30 petang
​
-
SUBJEK YANG DICADANGKAN
Subjek yang dicadangkan untuk akademik adalah 5 sahaja :
​
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
BAHASA MELAYU untuk kegunaan BALAGHAH dan MANTIQ.
MATEMATIK untuk kegunaan FIQH dan FARAIDH.
SAINS untuk AL-QURAN dan AL-HADITH.
ENGLISH & URDU sebagai bahasa yang selalu digunakan untuk menterjemahkan kitab dan bayan. Baginda s.a.w sangat menggalakkan untuk mempelajari ilmu bahasa.
SEJARAH untuk mengetahui sunnatullah.
-
CARA PERLAKSANAAN
Akan dimulakan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga selesai silibusnya, kemudian diikuti dengan Matematik dan Sains.
Subjek Akademik hanya akan dipelajari untuk satu waktu sahaja dalam sehari.

TASAWWUF, TAZKIYAH & ADAB
​
Waktu : 1.45 petang - 2.30 petang
​
-
KITAB DIGUNAKAN :
​
1. Bimbingan Mukmin
2. Bidayatul Hidayah
3. Ayyuhal Walad
4. Ta'limul Muta'allim Tariqat Ta'allum